Saturday, May 8, 2010

Pesisiran Ini

oleh: ainizar

kala menunggu waktu tibanya sang suria
memancar cahaya wanginya
hatiku
kerinduan pada malam
yang sering setia
menemani

murungku tiada noktah
menanti suatu yang tak pasti
elegi manja kehidupan
sentiasa pelbagai
corak dan warna

baru kelmarin
rasa sadis menerjah dalam gelora
kerna olahan rasa duniawi
yang kekadang sukar difahami

itulah kehendak Ilahi
kita hanya hambaNya pasrah
sesukar manapun ia.
Semoga terbitnya mentari esok
tidak lagi kewalangan...

Ilusi - Syawal 1443H

Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...