Thursday, November 21, 2019

Ampunkan Aku Ya Allah


Ampunkan Aku Ya Allah
kerana meminta terlalu banyak
akan dunia
sedang sudah terlalu banyak
yang Kau berikan
sehingga ada antaranya
tanpa sempat ucap terima kasih
dahi tidak cukup hitam menanam syukur

Ampunkan Aku Ya Allah
kerana bercerita padamu
akan ragam kerjaan
sehingga setelah banyak ocehanku
lalu kau tunjuk sedikit sahaja
bahawa kerjaan itupun
akan kutinggalkan suatu hari nanti

Ampunkanku Aku Ya Allah
seolah-olah amat ulang meminta-minta padamu
dalam setiap harianku
sedangkan kau amat mengetahui
tanpa perincian demi perincian

Ya Allah
kutelah menganiayai diriku
tanpa ampunanmu
jadilah aku orang yang rugi

Aamiin.

Ilusi - Syawal 1443H

Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...