Igauan Malam Yang Sepi Ini
Sesepi ini
di sebuah kota yang kian mencakar
di sini
bersama beberapa ilusi kehidupan
menemani
diri sendiri
terus memikiri
akan permainan demi permainan
kehidupan
yang kian entah mengapa tidak pernah cukup
meminta pengorbanan masa
meminta terus berjalan
walau kekadang
beberapa kali ingin berhenti
kiranya kini
setakat ini
akan terus berjalan
walau perlahan...
cuma
maafkanlah
sekiranya dalam langkah yang diorak
kedatangan ku dalam kehidupan kalian
begitu mengertak hati
sebenarnya
akupun kurang pasti
makna apakah kehidupan ini
erti kebenaran yang cuba kutegakkan
erti kewajipan yang perlu kita tunaikan
bila jari menunding ke arahku
lalu kulaksanakan seperti apa yang ku tahu
kerana aku
memang terlatih untuk kurang
memikirkan persoalan hati
yang kekadang membuatkan kalian
kurang mengerti
mengapa harus begitu
kerana untuk memahami diriku
harus tidak punya hati.