Monday, August 27, 2018

Tidak Semudah Warkah Itu

Kehadapan Engku

Ini bukanlah perkahwinan harta dan kecantikan
sayalah yang telah mengambil keputusan untuk bersuami .....
lawan saya adalah hati saya sendiri
hingga saya terima tawaran nenek mama saya
kita akan sama-sama menangis buat sementara waktu
tapi kelak sudah tentu engku lupa sahaja
bahawa hidup seperti ini
yang dipilihkan Allah buat kebahagiaan engku
engku pilih sahajalah seorang isteri yang lebih cantik
dan lebih kaya daripada saya
engku tahu bahawa saya seorang gadis yang miskin
dan engku pun hidup dalam keadaan melarat juga
tak cukup untuk menegakkan rumah tangga
lebih baik kita singkirkan perasaan kita
dan berpisah
marilah kita bersahabat untuk selamanya
dan saya harap
engku lupakanlah segala hal yang telah lalu
maafkan kesalahan dan kekalahan daurat saya
kita pandang yang dahulu tidak pernah terjadi

Hayati


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

... kerana sindiran perjalanan kehidupan ini,
... wajah nan sentiasa mengukir senyum dan tawa,
... sedang hati sering berilusi,
... kelelahan atas nama perlambangan
... bangkit, jatuh, bangkit dan jatuh lagi.

Ilusi - Syawal 1443H

Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...