Aidilfitri kali ini
pemergian ayah tercinta
tiada lagi setelah sekian lama bersama
bacakan tahlil di kuburan ayah
terasa kerinduan yang menjelang
terbenam bungkam dalam lubuk hati
buat kami
Ayah...
seorang perajurit negara
berkhidmat bersama British Royal Military di Singapura
pertahan insan terinaya di CONGO
menentang komunis di Pengerang
kemudian berkhidmat bersama Regimen Askar Melayu Diraja Malaysia
menentang konfrontasi Indonesia Raya di Sarawak
menghadapi 13 Mei di Labuan
menentang Komunis di Pahang hingga sempadan Thailand
mengawal keliling Rundingan Baling
Ayah...
akhir khidmatnya sebagai pemandu RISDA
bekerja dengan penuh taat dan dedikasi
belum cukup dengan itu...
barulah ayah kembali ke desa tercinta
tetapi ayah tidak pernah rehat
menghadapi drama demi drama kehidupan
kerenah anak-anak
kerenah cucu-cucu
Itupun ayah tidak berhenti
menabur khidmatnya dengan sukarela
sebarang kesakitan dan kesusahan tidaklah sejerih dulu, katanya
menentang musuh-musuh di serata negara
sehingga ayah tidak mahu lagi
jalan-jalan, katanya
biarlah sekadar suatu masa dulu...
Ayah...
tika mengingatimu
aku tetap di sini.
Monday, September 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ilusi - Syawal 1443H
Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...
-
oleh: ainizar kala menunggu waktu tibanya sang suria memancar cahaya wanginya hatiku kerinduan pada malam yang sering setia menemani ...
-
Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...
-
Ampunkan Aku Ya Allah kerana meminta terlalu banyak akan dunia sedang sudah terlalu banyak yang Kau berikan sehingga ada antaranya ta...