Monday, September 2, 2013

Salam Aidilfitri

Aidilfitri kali ini
pemergian ayah tercinta
tiada lagi setelah sekian lama bersama
bacakan tahlil di kuburan ayah
terasa kerinduan yang menjelang
terbenam bungkam dalam lubuk hati
buat kami

Ayah...
seorang perajurit negara
berkhidmat bersama British Royal Military di Singapura
         pertahan insan terinaya di CONGO
         menentang komunis di Pengerang
kemudian berkhidmat bersama Regimen Askar Melayu Diraja Malaysia
         menentang konfrontasi Indonesia Raya di Sarawak
         menghadapi 13 Mei di Labuan
         menentang Komunis di Pahang hingga sempadan Thailand
         mengawal keliling Rundingan Baling

Ayah...
akhir khidmatnya sebagai pemandu RISDA
bekerja dengan penuh taat dan dedikasi

belum cukup dengan itu...
barulah ayah kembali ke desa tercinta
tetapi ayah tidak pernah rehat
menghadapi drama demi drama kehidupan
kerenah anak-anak
kerenah cucu-cucu

Itupun ayah tidak berhenti
menabur khidmatnya dengan sukarela
sebarang kesakitan dan kesusahan tidaklah sejerih dulu, katanya
menentang musuh-musuh di serata negara
sehingga ayah tidak mahu lagi
jalan-jalan, katanya
biarlah sekadar suatu masa dulu...

Ayah...
tika mengingatimu
aku tetap di sini.

Wednesday, January 23, 2013

Mesyuarat

Mengapa mesyuarat
jika tidak perlu
mengapa mesyuarat
jadi
mesyuarat perlu
sekiranya dilaksanakan

dalam mesyuarat
kita imbas kembali perkara berbangkit
laporan setiap bahagian
serta jika ada hal-hal lain

mengapa mesti mesyuarat
tidak terlaksanakah tugas
kurang kompetensi
kurang peka
kurang bertanya
ia........kah?

Mesyuarat berapa kali pun
kalau jenis tepu
memang begitu
jawabnya, "Tak tau"

noltagis seorang Ketua Unit

Ilusi - Syawal 1443H

Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...