Thursday, October 14, 2021

Air Oh Air

Bebetulan pagi ini...

aku sendirian di sini di meja kerjaan

cuba mengejar tarikh akhir penandaan yang memang suntuk

tapi...


kepenatan badan membetulkan paip malam tadi

meniti akalku macam-macam dan semalam...

lepas balik kerjaan lalu panjat siling

yang badanku tidaklah seelastik seperti dahulu

lihat tangki kosong

rupanya air tidak naik ke atas

lalu keluar rumah mengamati dan mengenalpasti

kupikir-pikir barangan yang perlu kubeli

Stop cock, sepanah gastung, penyambung, piping tape grrr

adakah Gaint, DIY buka? Kemalaman ini?

sedangkan dalam rumah

tiada air


seusai solat maghrib

pandu MyVi sama ada Giant atau Angsana

cari barang di DIY

terdetik tanpa pasti membelok MyVi ke kedai berdekatan rumah

Alhamdulillah buka

okey stop cock satu tiga suku inci

piping tape dua unit cukup ke lebih

connecter tahan karat dua unit kiri kanan

connector jantan dan jantan plastik satu

L-bow poli satu

dan satu sepanah gastung

RM72 mahalnya

bayar pakai kad boleh?


Terfikir satu hari tidak menjamah nasi hari ini

lepas ni nak betulkan stop cock

lalu singgah kedai makan sebelah

makan nasi arab mandy kambing RM14

bersama air sirap bandong ais

sedap terasa puas...alhamdulillah

mengamit kenangan penjual makan yang saya dan dia tutup muka

sebab covid-19...terima kasih


Sesampai di rumah terusku bongkar

dalam gelap bertemankan sinaran malas lampu picit IPhone

alamak connector jantan setengah inci dengan tiga suku inci

tak ada ... kedai buka lagi kot

tapi kulihat yang lama jenis mahal dan kualiti baik

tidak berkarat lalu kucuba buka guna sepanah gastung

nasib baik beli walau mahal tadi, kata hatiku


dengan alatan kurang kucuba buka juga

aduss ketatnya

tetiba tup terlepas lalu terhentak dada sebelah kanan

aduss sakit sakit

kusabarkan segala kekurangan dan kesakitan demi menjayakan matlamat malam ini

terfikir pula untuk ketuk

ya...berjaya ha ha ha


Tetiba ditegur dari belakang

jiranku baru baik dari Masjid seusai Isyak

kenapa ya...op ops tuan rumah rupanya...ingat siapa tadi, katanya

rumah tiada air, stop cock sumbat sebab selalu tutup bila tak duduk, kataku

yalah, rumah keduaku selalu kosong kerana duduk masa kerjaan sahaja

rumah kedua ya bukan isteri kedua ha ha

mainan akal bijakku kekadang tu


Keteruskan juga pasang penyambung, pasang stop cock, dan pasang L-bow poli

siap emm

buka yes yes yes

bunyi jek jek jek jek jek

air melepasi meter pantas

hati serasa puas, pasti fikirku air naik rumahlah tu


Tapi mata tersorot pada kebocoran pada L-bow yang kuganti tempohari

di tepi rumah yang menyebabkan aku tutup air

sebelum pulang temui keluarga

aduss, kataku

tapi biasalah selagi tak siap, kugodek juga

walau badan terasa penat kerana semalaman semalam tak berapa tidur

biasalah kan...aku gitulah kekadang tu


bersila di lantai kubuka sambung tu

menggunakan kekuatan tapak tangan

adui tersepit sekali dua...harap tak berdarahlah, kata hatiku

leceh nak layan darah menitis

terasa perit tapak tanganku

siap cubaan pertama lalu buka paip

alamak masih bocor


Cubaan dua...buka...buka... dan buka...

pasang...pasang... dan pasang semula dan siap

buka stop cock kali kedua

alamak masih bocor


Cubaan ketiga, pikir apa kesalahan

yang mana dulu ini, lepas tu, ini rasanya-rasanyalah Ya Allah

ini bukan kali pertama godek-godek paip air bocor rumahku

buka stop cock kali ketiga

alamak bocor lagi


Cubaan kali keempat, pikir apa kesalahan

baiki teknik dan susunan L-Bow Poli tu

fikirku...yes...yes...yes

buka stop cok kali keempat

setelah beberapa kali tersepit jari

Alhamdulillah ... berjaya


Malam ini seusai Isyak

terlena tanpa gagal

puas hati, air penuhi tangki

dan pasti mandi pagi esok, water heater memencar kuat

puas...Alhamdulillah

Syukur Allah.


Walau badanku masih rasa penatnya

satu matlamat malam ini tercapai

sedang matlamat menanda belum...eh...belum siap

ha ha ha






No comments:

Ilusi - Syawal 1443H

Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...