Tuesday, September 19, 2017

... Bersaudara sebelum berjumpa, bersahabat sebaik bertemu

Sajak Fikirku Saat Ini 19 Sept 2017 01:00 am

Saudaraku
Apakah kau sudah tidak ditakdir sebagai sahabat
Tak pernah kulupa pertemuan kita yang terakhir di masjid dahulu
Bertemu kita kerana-Nya, berpisah kita juga kerana-Nya

Malam ini
cuba mengingat nama seorang sahabat yang pernah menjadi saudaraku
malangnya terlupa
Apakah kerana aku bertemu kembali ...?

Hadir ketika benar-benar memerlukan
mengajar makna cinta
mengajar makna kehidupan
hadir dengan penuh azam
mengajari makna hakikat.
ketika tiada sesiapa

Bila takdir menemukan kita
sedih kalau begitu
malang kalau begitu
inginku tanyakan khabarmu
Sihat?
Bahagia?
Bagaimana dengan kerja dakwahmu?
Di manakah kau sebenarnya?
Siapa isterimu?
Berapa anak-anakmu?

Sentiasa mencari-cari
saat ini belum ketemu
sesudah yang lainnya
kerinduan padamu begitu nostalgis sekali
aku pasti gembira walau hanya sekadar menatap gambarmu

Pernah sekali kau mengajakku bersama Jemaah
mintamu aku duduk di bawahmu
semua tertanya-tanya
mata menyorot rasa cemburu
karkun baru dibimbing oleh Imam Jemaah
seolah kau memahami, lantas katamu
"semalam, aku ajak kau turun jemaah, kau tak turun
... hari ini, orang lain ajak, kau turun
rupanya hal itu menghimpitmu
kuatnya niat dakwahmu.

Apapun doaku padamu
semoga dalam peliharaan-Nya. Amin.

Sesudah patah kata berhenti ... kuingat kembali namamu Rahim.

Sunday, September 17, 2017

Berdustakah aku?

Jawapan Sang Pendusta

Malam ini
aku menghubungimu lagi walau tanpa kau sedari
berbicara pada ilusi tular setelah sekian lama

Saat perkenalan kita dahulu
tatkala aku menyatakan keresahan
lalu kau bertanya
"apakah masalahku"
lalu aku menjawab
"aku sendiri tidak tahu"

inginku memohon maaf dalam tiga dekad ini
atas jawapan itu
kerana berbohong padamu

Malam ini aku ingin sejujurnya
akui masalahku tika itu
"rasa cinta yang tidak berbalas
menjadikan aku
persis musafir hilang arah"

Lalu kau hadir menunjuk arah itu
memberi seteguk air
penghilang dahaga
pada musafir kehausan

Tapi musafir itu lupa
lalu meminta lebih daripada haknya
melanggar batas adat dan kepercayaan
lupa bahawa
peminta itu di bawah dan
pemberi itu di atas

Sesungguhnya sang pendusta itu bukan dirimu
tetapi aku.

.. mengapa aku masih mengingatimu, apakah kau juga begitu.

Ilusi - Syawal 1443H

Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...