Wednesday, May 2, 2018

Mengapa Ibu, Aku Perlu Pulang

Ibu
mengapa aku perlu kembali
pulang ke kampung

mengapa ...

malam ini asyik ku fikirkan
permintaanmu yang terakhir itu

sedangkan kau tahu
bahawa aku tidak akan pulang lagi
pabila kau tiada di situ

Ibu
bukan aku tidak rindu
pada tanah kelahiranku sendiri
yang setiap incinya
pernah kupijak, kugali, kutambak, kutanami, kutoreh, kutebas

tapi biarlah rindu itu tinggal kerinduan
tidak bertepi

No comments:

Ilusi - Syawal 1443H

Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...