Wednesday, June 20, 2018

MAKNA RINDU

MAKNA RINDU

Kalau kau tanyakan
betapa kerinduanku padamu
jawabnya mudah
cuma tidakkan pernah
akan kau fahami

kerna kerinduanku
sebermula hari pertama mengenalmu
sehinggalah tika dan saat ini
bersama helaan setiap nafas
bersama tangis dan tawa

umpama...
pagi kelmarin
tikaku di halaman rumah
kulihat sekuntum bunga tidak kembang
dari kembangan bunga-bunga yang lain
lalu hatiku merayu
hai sekuntum bunga itu
kembanglah
kembanglah
untukku

hari ini
kucari lagi bunga itu
masih tidak mahu kembang
hatiku jadi begitu merayu
kembanglah
kembanglah
untukku

tengahari itu
kulihat bunga itu gugur ke tanah
tanpa kulihat dahulu kembangnya.

makna rindu sentiasa mengguris hati.

ZAR 6 SYAWAL.

No comments:

Ilusi - Syawal 1443H

Tangisan Hati - Ilusi Tak Bertepi ... tak pernah lepas kau dalam ingatanku ... tak pernah bisa aku melupakanmu dua syawal menjelang sudah ju...